Orang Terengganu makan bubur lambuk bukan hanya di dalam bulan ramadhan, tapi bila bila masa sahaja. Bubur lambuk yang di jual di pasar ramadhan berbeza dengan bubur lambuk terengganu. Perbezaannya ada 3, bubur lambuk terengganu menggunakan ikan, sayur ulam pelbagai jenis dan budu. Ya. Budu dimasukkan ke dalam bubur.
Memasak bubur lambuk stail terengganu ini leceh atau agar sukar sedikit berbanding dengan recipe bubur lambuk lain. Ikan kena rebus dan ambil isi. Sebelum tu jum tengok dulu apa bahan bahan yang diperlukan. Saya nak sharekan resipe ibu saya yang memang sedap dan berlainan sedikit kerana ibu saya selain dari ikan juga letak daging di dalam bubur lambuk ini. Di dalam bulan ramadhan ini, dah lebih 4x masak bubur lambuk. Sedap di makan semasa berbuka puasa atau sebagai moreh.
Bahan-Bahan:
6-8 ekor ikan kembung (rebus dan ambil isi kemudian tumbuk hingga sederhana lumat)
5-10 ketul daging lembu yang ada bahagian lemak. (lagi sedap)
*3 biji bawang putih
*6 biji bawang merah kecil
*1 cm halia
* kesemua di kisar halus
2 cawan beras
Daun-daunan : daun kaduk, kangkung, daun pucuk ubi, pucuk paku, daun kesum
lada hitam
2 kotak santan
2/3 camca budu