Tuesday, 30 July 2013

Grilled Salmon with Basil - Meal for the Dieters

Sesiapa nak diet, boleh makan Salmon Grill/ Bakar.  Calories untuk Grilled Salmon dalam lebih kurang 150-300 calories, bergantung kepada besar ikan fillet salmon dan bahan bahan yang diguna untuk memasak. Salmon fillet ni pun agak mahal, yang besar kat bawah ni RM25. Sekali sekala boleh try buat salmon ni. Teringat zaman zaman masa study kat London, masak kari pun guna ikan salmon, dah tu aja ikan yang ada dan murah. 







Salmon ni highly nutritious food. Sesiapa nak diet bagus makan ikan salmon kerana salmon high in protein and good fats. Sesiapa preggy memang digalakkan makan ikan salmon.


Bahan-bahan:

1 fillet salmon
Olive oil
Basil
Lada Hitam 
Lemon
Garam (kalau tengah diet, tak payahlah letak garam)







Cara Memasak: 

1. Perapkan salmon dengan olive oil, basil, lada hitam, lemon (diambil air) lebih kurang 1 jam. 

2. Kemudian bakar atas magic pan. Tutup magic pan. Biarkan salmon tu masak dengan cara grill dan juga dengan udara panas. Api perlahan.

3. Masa memasak bergantung kepada size fillet. Fillet yang ni lebih kurang dalam 5-10 min.  Aroma basil dah terbau. Mmmmmm

4. Jika suka tomato bolehlah bakar tomato itu untuk seketika.

5. Sayur sayur terpulang nak makan sayur apa, boleh serve fillet salmon dengan fresh vegetables. Yang ni saya masakkan mushroom. Mushroom tu sayang goreng dahulu bawang putih dengan minyak olive oil. Kemudian gorengkan mushroom sekejap aja. nanti terlampau lembik tak sedap. Jangan letak garam. Garam menyebabkan water retention. Tak elok untuk orang yang nak diet.

Kalau DIET, jangan makan salmon dan veggies dengan thousand island atau mana mana sauce. Sauce itulah penuh dengan calories yang tinggi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...