Bahan-bahan untuk Kambing Kabsa
8 potong Kambing
Rempah Ratus :
Cengkih,
Pelaga,
Kayu manis,
bunga lawang,
bay leaves,
jika ada limau nipis kering yang hitam tu pun boleh letak
Cara Memasak:
1) Rebus air ( air rebusan itu akan digunakan untuk memasak nasi)
2) Letakkan semua rempah ratus
3) Bila sudah mendidih masukkan kambing.
4) Rebus sehingga kambing lembut.
5) Bila masak, tutup api, nak masak nasi pulak.
Bahan-Bahan untuk Nasi Arab
*rendam beras basmathi panjang selama 30 minit ( 6 cawan beras)
2 biji Bawang besar kuning, potong dadu
2cm Halia
4 sudu rempah kabsa ( boleh dibeli dikedai yang jual barang barang dari Arab Saudi)
Tomato puree atau buah tomato
Guna minyak sapi/ghee atau majerin atau minyak. ( Saya suka campur ghee dengan butter)
Cara Memasak:
1) Panaskan ghee dan butter
2) Goreng bawang dan halia
3) Masukkan buah tomato (suka guna buah tomato, rasa lagi sedap)
4) Goreng sampai lembut, api perlahan, kemudian masukkan rempah kabsa.
5) Nak tahu rempah tu cukup atau tidak, ambik bau, if bau sedap, cukup lah tu
6) Masukkan beras, gaul sampai sebati
7) Masukkan air rebusan kambing tadi. Jika 6 cawan beras, air pun 6 cawan.
8) Jangan kacau!
9) Bila dah separuh masak, masukkan kambing (jangan kacau)
10) Yang membuatkan nasi itu sedap ialah ARANG. Panaskan arang sampai membara. Masukkan arang itu berbalut aluminium letakkan dalam periuk untuk berberapa minit. Nasi bau sedddaaaap!
Tomato salsa
Bahan-bahan
2 buah tomato
Daun Ketumbar
3 biji Cili padi (nak pedas tambah lagi)
1 biji perahan air Lemon
Garam
Cara: Kisar semua
Yogurt Timun
Bahan-Bahan
1 batang Timun (potong halus/dadu)
6 sudu Yogurt
2 sudu besar Air Lemon
Daun Ketumbar
Garam
Cara: Gaulkan semua.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, Semoga Amal kita Diterima Oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment