Macaroni Soup ni memang sentiasa dimasak dekat rumah, my mom used to cook this for me almost every week. She is half malay and half arab. Dia belajar masak soup ni dari sedara mara dia kat saudi. Soup ni memang sedap. Comfort food. Simpan dalam fridge, 2-3 boleh makan lagi. Just re-heat bila nak makan. Kids love it too.
Bahan-bahan:
Macaroni (250 g)
1 kg Daging cincang (bulatkan)
2 sudu Perencah sup
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit halia
(kisarkan ke semua bawang dan halia)
Bawang besar Holland (hiris dadu)
Carrot
Lada hitam
Garam
Cara memasak:
1) Rebus macaroni sehingga separuh masak. Toskan air. Dan biarkan sejuk.
2) Goreng bawang yang sudah dikisar.
3) Masukkan daging cincang yang sudah dibulatkan.
4) Masukkan bawang holland yang sudah dipotong. Goreng seketika.
5) Masukkan perencah sup dan air 5 cawan.
6. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan garam, lada hitam dan carrot.
7. Masukkan macaroni yang telah direbus separuh masak tadi.
8. Biarkan mendidih sehingga macaroni sudah masak.
Makan dengan kicap cili padi potong. Sedap!
No comments:
Post a Comment