Sunday, 4 August 2013

Ketupat Sotong Ala Terengganu

Ketupat Sotong. Siapa tidak pernah makan ini angkat tangan! Masakan asal dari pantai timur. Senang dan mudah sangat nak buat ini. Rasa masakan ini lemak lemak santan dan bau wangi.







Bahan-bahan:


5-7 ekor sotong sederhana size. (Besar tidak sedap, kecil lagi manis isi)
1/2 cawan eras pulut (direndam selama 1 jam)
1 kotak santan
1 sudu halba
3cm halia (mayang)
6 biji bawang kecil (mayang)











1. Beras pulut yang telah direndam selama 1 jam. Toskan air.




2. Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Disi separuh penuh. Jangan terlalu penuh kerana nanti beras tu kembang. Kemudia dilidikan seperti di dalam gambar.





3. Panaskan santan cair (1/3 santan dicampurkan dengan 1 cawan air).  Masukkan sotong tadi. Biarkan sehingga mendidih.




4. Halia dan bawang merah kecil yang telah dihiris.




5. Masukkan ke dalam periuk tadi. Kemudian masukkan halba.






6. Kemudian masukkan santan pekat (baki 2/3 - jangan campur air). Biarkan mendidih. Masa ini dah boleh bau halba, halia dan lemak santan. Setelah mendidih, tutup api. Hidangkan!






Ketupat Sotong. Enak dimakan begitu saja...... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...