Kalau ke Restoren Tepanyaki mesti order Gyoza sebagai appetizer pembuka selera. Satu pinggan lebih kurang dapat 5/6 keping gyoza. Mana cukup. Baik buat kat rumah, nak makan banyak mana pun boleh, murah dan senang. Budak budak pun suka.
Bahan-bahan:
Kulit Dumpling (beli kat hypermarket bahagian frozen)
10 ekor Udang (dibuang kulit dan bersihkan kotoran)
Shitake Mushroom (cendawan hitam)
3 biji bawang putih (potong halus dadu)
Sedikit minyak bijan
Serbuk lada putih
Garam
1 sudu kecil Soy sauce
Cara Memasak:
- Goreng bawang putih hingga bau semerbak, masukkan udang dan shitake mushroom yang sudah dipotong dadu.
- Masukkan minyak bijan sikit sahaja. Jangan banyak nanti pahit.
- Masukkan serbuk lada putih, soy sauce. Garam ni optional. Tapi dah tak perlu pasal soy sauce dah masin.
- Biarkan sejuk.
Cara membuat Gyoza:
Letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit dumpling.
Kemudian lipatkan ia menjadi cresent moon seperti gambar di bawah. Sebelum itu basahkan bahagian tepi kulit itu supaya bila dilipat ia melekat. Jangan terlalu banyak air nanti tak melekat tapi melekit pulak jadinya.
Goreng di atas periuk leper. Miyak sedikit, satu sudu kecil. Goreng seketika sampai kulit masak. Inti kita dah masak dulu jadi tak perlu goreng lama sangat.
** jika tak makan udang, boleh gantikan dengan ayam
Senangkan!
No comments:
Post a Comment