Wednesday, 24 July 2013

Fish Sweet & Sour / Ikan Masam Manis

Satu keluarga suka makan masakan sweet sour. Hari tu dah makan chicken sweet sour. Since i still have all the ingredients, might as well i cook it again. Tengok dalam fridge, boneless chicken dah tak ada. Yang ada ikan bawal, ikan cencaru.  Kalau nak masak sweet sour sedap masak ikan bawal atau ikan kerapu. 





Bahan-bahan:

Bahan A:

1 ekor ikan bawal / ikan kerapu
1 biji telur 
tepung jagung


Bahan B: 

3 biji bawang putih
1 biji besar bawang besar (holland)
1 cm halia
1/2 tin kuib Nenas
1 Cili Bengala Hijau & Merah (potong dadu)
3 biji cili padi (optional)
5 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
Tepung jagung






Cara memasak Bahan B: Kuah

1. Goreng bawang putih dan halia.
2. Masukkan bawang besar holland/kuning, cili belanga, nenas. (jika suka pedas masukkan cili padi yang dah diketuk)
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan cuka.
4. Kemudian masukkan setengah tin air nenas.
5. Biarkan seketika sehingga kuah masak.
6. Campur tepung jagung dengan air sehingga sebati. Masukkan ke dalam kuah tadi dan gaul seketika supaya kuah itu pekat.
7. Lepas dah siap, tutup api. biarkan dan siapkan bahan A iaitu ikan



Cara Memasak Bahan A: Ikan Bawal

1. Pukul telur.
2. Celup Ikan dalam telur sehingga rata dan gaulkan dalam tepung jagung.
3. Goreng dalam minyak panas.
4. Angkat dan tuangkan sos sweet sour ke atas ikan yang sudah di goreng.





**Tuang kuah ke atas ikan bila hendak dimakan, jika tuang terlalu awal nanti ikan tidak ranggup.







Cara memasak sama sahaja dengan masak chicken sweet sour






Senangkan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...